Rabu, 11 Disember 2013

RAHSIA NASI AYAM KAMI


UTUSAN MALAYSIA March 27, 2011 at 7:24pm Rahsia 30 tahun Nasi Ayam Baser Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN bintu.rahman@utusan.com.my Foto IZHAM JAAFARMELIHAT pengunjung yang memenuhi ruang restoran, tertanya-tanya juga apa istimewanya Restoran Baser yang sememangnya terkenal sejak sekian lama di bandar Kota Tinggi, Johor ini. Bukan sahaja pengunjung tempatan malah ekspatriat dari Korea, Jepun dan Barat turut menjadi peminat setia restoran ini. Tatkala soalan diajukan kepada pemiliknya, Baser Senin, beliau tidak lokek untuk berkongsi rahsia. Katanya, untuk terus bertahan selain mengekalkan kelazatan hidangan, sesebuah restoran itu perlu ada satu menu tarikan. "Saya bermula berniaga nasi ayam sejak tahun 1978 lagi dengan membuka sebuah warung. Waktu itu baru pencen askar, kemudian tak tahu nak buat apa dan rasanya kepakaran saya dalam bidang masakan," katanya. Dari situ beliau mula membina jenama Nasi Ayam Baser hingga restorannya cukup terkenal di bandar tersebut (lima cawangan di Kota Tinggi) dan kini sebuah lagi cawangan di Puchong, Selangor. "Resipi kami tidak sama dengan peniaga nasi ayam berbangsa Cina. Saya ada resipi sendiri yang saya cipta dan ternyata diminati ramai," katanya lancar berbicara mengenai rahsia keenakan menu signatur restorannya itu. Menurutnya, untuk menghasilkan ayam yang garing di luar tetapi lembut isinya, beliau akan memerap ayam bersama rempah khas selama lebih satu jam. Ayam yang diperap itu kemudian digoreng dalam kuali besar. "Nasinya pula saya tidak gunakan air rebusan ayam, sebaliknya dicampur bersama mentega dan beberapa bahan lain," katanya lagi. Selain nasi ayam, menu lain yang turut digemari pelanggan adalah nasi goreng ayam (ayam digoreng bersama nasi), nasi beriani berlauk ayam, daging, kambing, rusa dan udang, mi rebus, mi kari dan pelbagai lagi. Andainya menikmati hidangan nasi ayam bersama keluarga, jangan lupa memesan sayur cap cai campur dan telur dadar sebagai pelengkap hidangan. Dan untuk membasahkan tekak, segelas bandung soda atau jus asam boi sangat menyegarkan. Dua jenis minuman ini cukup digemari pelanggan yang bertandang ke sini. Restoran Baser menerima tempahan untuk majlis berskala kecil hingga besar termasuk majlis perkahwinan. Menu disediakan mengikut permintaan pelanggan dan harganya bermula serendah RM6 untuk seorang.

Tiada ulasan:

SEJARAH PEMBABITAN HAJI BASER DALAM PERNIAGAAN NASI AYAM DAN NASI BERIANI :


1) 1975- kedai Makan Kg Batu 4, Kota Tinggi

2) 1978- Kedai Makan Baser Kg Batu 4, Kota Tinggi

3) 1985- Restoran Baser Jalan Ibrahim, Kota Tinggi

4) 1992- Restoran Baser Jalan Niaga 2, Kota Tinggi

5) 1995- Restoran Baser Jalan Niaga 3, Kota Tinggi
(Berhawa Dingin)

6) 2005- Restoran Warung Batu Sawar, Jalan Niaga 3,Kota Tinggi

7) 2006- Restoran Warung Kota Padang Saujana,
Taman Seri Saujana, Kota Tinggi

8) 2009- Restoran Baser Jalan 5/1, Bandar Puteri,Puchong


Waktu Perniagaan : 10.00 pagi- 11.00 malam


Sedia menerima tempahan untuk majlis


perkahwinan, keraian, perasmian dan Hi-Tea

Peta ke Cawangan Puchong, Selangor

Peta ke Cawangan Puchong, Selangor